TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. PAK 21 merupakan Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Tujuan utama PAK 21 ini adalah untuk mengasah dan mengembangkan komunikasi, kreativiti, nilai murni, kolaboratif dan pemikiran kreatif pelajar-pelajar generasi sekarang. Konsep PAK 21 adalah berpusatkan murid di mana murid sebagai guru manakala guru-guru pula sebagai pebimbing di dalam kelas. Sebelum memulakan sebuah pengajaran dan pembelajaran, guru-guru haruslah membuat persediaan yang mencukupi seperti penulisan persediaan mengajar, persediaan ilmu pengajaran dan isi, pelajaran diajar, persediaan bahan pengajaran, persediaan peralatan pengajaran, persediaan ruang pengajaran dan persediaan kemahiran dalam pengajaran supaya proses pembelajaran akan berjalan dengan lancar. Akhir sekali, menurut Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof selaku Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berkata Pembelajaran Abad ke-21 bukan setakat merujuk kepada penggunaan gajet, perkakasan dan perisian terkini teknologi ICT dalam bilik darjah. Sebenarnya Pembelajaran Abad ke-21 bermaksud guru menggunakan kaedah PdP berpusatkan murid (student-centred) serta menekankan elemen membina Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam diri murid.
Comments
Post a Comment