Posts

FAVOURITE PERSON IN THE CLASS

Assalammualaikm dan salam sejahtera. Saya memilih Anis Suria sebagai watak kegemaran saya di dalam kelas. Nama sebenar beliau adalah Anis Suria binti Mohd Daud daripada program ISMP Pendidikan Khas. Saya memilih Anis kerana saya pernah bekerja dengan beliau dalam satu kumpulan. Beliau adalah seorang yang sangat komited dan rajin apabila membuat sesuatu tugasan. Semasa perbentangan juga, beliau melakukannya dengan tenang dan sangat lancar. Cara beliau berkomunikasi dengan rakan kumpulan juga sangat baik. Jika saya tidak tahu tentang sesuatu tugasan, beliau akan jelaskan kepada saya dengan satu persatu dan beliau juga tidak kedekut ilmu. Semoga Anis baik baik sahaja dan semoga bertemu lagi kalau ada jodoh. hehe Sekian, terima kasih. 

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Image
Alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. PAK 21 merupakan Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Tujuan utama PAK 21 ini adalah untuk mengasah dan mengembangkan komunikasi, kreativiti, nilai murni, kolaboratif dan pemikiran kreatif pelajar-pelajar generasi sekarang. Konsep PAK 21 adalah berpusatkan murid di mana murid sebagai guru manakala guru-guru pula sebagai pebimbing di dalam kelas. Sebelum memulakan sebuah pengajaran dan pembelajaran, guru-guru haruslah membuat persediaan yang mencukupi seperti penulisan persediaan mengajar, persediaan ilmu pengajaran dan isi, pelajaran diajar, persediaan bahan pengajaran, persediaan peralatan pengajaran, persediaan ruang pengajaran dan persediaan kemahiran dala...

TAJUK 13: PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Image
Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.  Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya. Seperti tajuk keratan akhbar di atas menunjukkan peranan PIBG adalah penting di mana hubungan antara sekolah dan ibu bapa sering berkait rapat. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasang...

TAJUK 12: PENGURUSAN PENDIDIKAN PELBAGAI UPAYA

Image
Sistem pengajaran dan pembelajaran yang direka khas bagi memenuhi keperluan pendidikan seseorang murid yang mengalami ketidakupayaan belajar secara normal. Pendidikan pelbagai upaya membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Peranan guru dalam menguruskan pendidikan pelbagai upaya adalah dengan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid dan membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid. Pelajar berkeperluan khas juga perlu mendapatkan pendidikan yang sama rata dengan pelajar aliran perdana sebagaimana terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013-2015. Kesamarataan yang dimaksudkan di atas adalah dari segi pelbagai budaya dan pelbagai upaya. Berdasarkan Akta...

TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Image
Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras. Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap. Pelaksanaan Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) dapat memupuk masyarakat dan pelajar tentang semangat patriotik. Ia juga dapat melahirkan masyarakat yang mengetahui lebih mendalam tentang sejarah negara berdasarkan apa yang dipamerkan di muzium ini. Pembabitan pelajar dan guru dalam program ini dapat meningkatkan minat pelajar untuk meneroka pengetahuan baharu, khususnya subjek Sejarah sekali gus menjadi lebih menarik melalui pengalaman pembelajaran secara langsung. Selain itu, pem...

TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Image
Bimbingan merupakan bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Antara ciri-ciri bimbingan ialah: Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya Bimbingan yang ...

TAJUK 9: PENGURUSAN DISIPLIN

Image
sumber Sinar Harian Kita sering dengar kes merokok dalam kalangan pelajar di akhbar, televisyen dan radio. Hal ini kerana kes merokok dalam kalangan pelajar zaman sekarang semakin berleluasa. Satu ulasan ilmiah diterbitkan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai Kajian Merokok di Malaysia 2016 melaporkan lima juta perokok negara ini terdiri daripada individu berusia bawah 18 tahun pada 2010. Antara punca pelajar merokok adalah disebabkan masalah emosi, tabiat mereka lebih agresif dan jumlah rokok diambil biasanya lebih banyak dan kerap. Ibu bapa memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah role model kepada anak-anak. Jika persekitaran di rumah mesra dan ibu bapa juga bebas rokok, anak juga tidak cenderung untuk merokok. Kesimpulannya didikan di rumah itu penting untuk membantu remaja matang membuat pilihan. Selain itu, pihak sekolah haruslah bertanggungjawab mengenakan hukuman yang setimpal jika didapati pelajar ini merokok di kawasan seko...