TAJUK 9: PENGURUSAN DISIPLIN


sumber Sinar Harian


Kita sering dengar kes merokok dalam kalangan pelajar di akhbar, televisyen dan radio. Hal ini kerana kes merokok dalam kalangan pelajar zaman sekarang semakin berleluasa. Satu ulasan ilmiah diterbitkan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai Kajian Merokok di Malaysia 2016 melaporkan lima juta perokok negara ini terdiri daripada individu berusia bawah 18 tahun pada 2010. Antara punca pelajar merokok adalah disebabkan masalah emosi, tabiat mereka lebih agresif dan jumlah rokok diambil biasanya lebih banyak dan kerap. Ibu bapa memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah role model kepada anak-anak. Jika persekitaran di rumah mesra dan ibu bapa juga bebas rokok, anak juga tidak cenderung untuk merokok. Kesimpulannya didikan di rumah itu penting untuk membantu remaja matang membuat pilihan. Selain itu, pihak sekolah haruslah bertanggungjawab mengenakan hukuman yang setimpal jika didapati pelajar ini merokok di kawasan sekolah khususnya. Perkara ini ada dinyatakan dengan jelas dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6A / 1975 (murid-murid menghisap rokok) :
  • Guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa perhimpunan diadakan di sekolah bahawa penghisapan rokok adalah dilarang kerana sebab-sebab kesihatan.
  • Penghisapan dadah bermula dengan penghisapan rokok dan oleh itu perkara ini tidak boleh diringankan.
  • Semua murid diberi amaran bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak dipatuhi.
  • Pengetua/Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa tempoh pengampunan (Period of grace) selama seminggu akan diberi kepada murid-murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok dengan jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu.

Dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1997 pula telah menyatakan hukuman ke atas murid menghisap rokok. Antaranya ialah: 
  • Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali
  • Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali
  • Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali
  • Kesalahan Kali Keempat : Gantung Sekolah
  •              (Tidak Melebihi 14 hari)
  • Kesalahan Kelima : Buang Sekolah.
Kawasan sekolah merupakan kawasan larangan merokok sebagaimana ternyata dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.5/1997 yang bertarikh 22 MEI 1997.

"Suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN MEROKOK mengikut peruntukkan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, 1993.
Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan, SEMUA GURU,KAKITANGAN,IBU BAPA atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah.
Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah sama ada di kawasan terbuka mahupun di dalam bilik berselindung."





Comments

Popular posts from this blog

FAVOURITE PERSON IN THE CLASS

TAJUK 8: PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN