TAJUK 8: PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Berdasarkan tajuk akhbar metro online di atas, makmal fizik terbakar telah berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting yang mengakibatkan 15 peratus makmal berkenaan musnah. Pihak sekolah, guru-guru malahan murid-murid haruslah menitikberatkan tentang ciri-ciri keselamatan apabila berada di makmal khususnya makmal fizik, kimia dan biologi. Hal ini kerana di dalam makmal ini mengandungi bahan-bahan yang mudah terbakar seperti bahan kimia. Selain itu, setiap makmal di sekolah haruslah mempunyai pelan kebakaran kerana ia amat penting sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.
Berikut adalah ciri-ciri keselamatan bilik pembelajaran:
- Ruang kerja selesa – susun atur perabot
- Ruang kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak
- Cahaya dan pengudaraan yang cukup
- Tempat pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup
- Sudut pameran/hasil kerja murid
- Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan
- Papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk kawasan mesin
Comments
Post a Comment