Posts

Showing posts from May, 2019

FAVOURITE PERSON IN THE CLASS

Assalammualaikm dan salam sejahtera. Saya memilih Anis Suria sebagai watak kegemaran saya di dalam kelas. Nama sebenar beliau adalah Anis Suria binti Mohd Daud daripada program ISMP Pendidikan Khas. Saya memilih Anis kerana saya pernah bekerja dengan beliau dalam satu kumpulan. Beliau adalah seorang yang sangat komited dan rajin apabila membuat sesuatu tugasan. Semasa perbentangan juga, beliau melakukannya dengan tenang dan sangat lancar. Cara beliau berkomunikasi dengan rakan kumpulan juga sangat baik. Jika saya tidak tahu tentang sesuatu tugasan, beliau akan jelaskan kepada saya dengan satu persatu dan beliau juga tidak kedekut ilmu. Semoga Anis baik baik sahaja dan semoga bertemu lagi kalau ada jodoh. hehe Sekian, terima kasih. 

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Image
Alam pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu. PAK 21 merupakan Proses pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Tujuan utama PAK 21 ini adalah untuk mengasah dan mengembangkan komunikasi, kreativiti, nilai murni, kolaboratif dan pemikiran kreatif pelajar-pelajar generasi sekarang. Konsep PAK 21 adalah berpusatkan murid di mana murid sebagai guru manakala guru-guru pula sebagai pebimbing di dalam kelas. Sebelum memulakan sebuah pengajaran dan pembelajaran, guru-guru haruslah membuat persediaan yang mencukupi seperti penulisan persediaan mengajar, persediaan ilmu pengajaran dan isi, pelajaran diajar, persediaan bahan pengajaran, persediaan peralatan pengajaran, persediaan ruang pengajaran dan persediaan kemahiran dala...

TAJUK 13: PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN

Image
Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.  Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya. Seperti tajuk keratan akhbar di atas menunjukkan peranan PIBG adalah penting di mana hubungan antara sekolah dan ibu bapa sering berkait rapat. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasang...

TAJUK 12: PENGURUSAN PENDIDIKAN PELBAGAI UPAYA

Image
Sistem pengajaran dan pembelajaran yang direka khas bagi memenuhi keperluan pendidikan seseorang murid yang mengalami ketidakupayaan belajar secara normal. Pendidikan pelbagai upaya membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Peranan guru dalam menguruskan pendidikan pelbagai upaya adalah dengan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid dan membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid. Pelajar berkeperluan khas juga perlu mendapatkan pendidikan yang sama rata dengan pelajar aliran perdana sebagaimana terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013-2015. Kesamarataan yang dimaksudkan di atas adalah dari segi pelbagai budaya dan pelbagai upaya. Berdasarkan Akta...

TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Image
Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras. Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap. Pelaksanaan Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) dapat memupuk masyarakat dan pelajar tentang semangat patriotik. Ia juga dapat melahirkan masyarakat yang mengetahui lebih mendalam tentang sejarah negara berdasarkan apa yang dipamerkan di muzium ini. Pembabitan pelajar dan guru dalam program ini dapat meningkatkan minat pelajar untuk meneroka pengetahuan baharu, khususnya subjek Sejarah sekali gus menjadi lebih menarik melalui pengalaman pembelajaran secara langsung. Selain itu, pem...

TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Image
Bimbingan merupakan bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Antara ciri-ciri bimbingan ialah: Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya Bimbingan yang ...

TAJUK 9: PENGURUSAN DISIPLIN

Image
sumber Sinar Harian Kita sering dengar kes merokok dalam kalangan pelajar di akhbar, televisyen dan radio. Hal ini kerana kes merokok dalam kalangan pelajar zaman sekarang semakin berleluasa. Satu ulasan ilmiah diterbitkan Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai Kajian Merokok di Malaysia 2016 melaporkan lima juta perokok negara ini terdiri daripada individu berusia bawah 18 tahun pada 2010. Antara punca pelajar merokok adalah disebabkan masalah emosi, tabiat mereka lebih agresif dan jumlah rokok diambil biasanya lebih banyak dan kerap. Ibu bapa memainkan peranan yang penting kerana mereka adalah role model kepada anak-anak. Jika persekitaran di rumah mesra dan ibu bapa juga bebas rokok, anak juga tidak cenderung untuk merokok. Kesimpulannya didikan di rumah itu penting untuk membantu remaja matang membuat pilihan. Selain itu, pihak sekolah haruslah bertanggungjawab mengenakan hukuman yang setimpal jika didapati pelajar ini merokok di kawasan seko...

TAJUK 8: PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

Image
Berdasarkan tajuk akhbar metro online di atas, makmal fizik terbakar telah berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting yang mengakibatkan 15 peratus makmal berkenaan musnah. Pihak sekolah, guru-guru malahan murid-murid haruslah menitikberatkan tentang ciri-ciri keselamatan apabila berada di makmal khususnya makmal fizik, kimia dan biologi. Hal ini kerana di dalam makmal ini mengandungi bahan-bahan yang mudah terbakar seperti bahan kimia. Selain itu, setiap makmal di sekolah haruslah mempunyai pelan kebakaran kerana ia amat penting sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.  Berikut adalah ciri-ciri keselamatan bilik pembelajaran: Ruang kerja selesa – susun atur perabot Ruang kerja bersih dan selamat – tiada kesan minyak Cahaya dan pengudaraan yang cukup Tempat pengendalian enjin – pengudaraan yang cukup Sudut pameran/hasil kerja murid Stor (bilik khas/almari) untuk menyimpan alatan dan bahan Papan tanda “LARANGAN” “BAHAYA” yang jelas untuk...

TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER

Image
Fungsi-fungsi pusat sumber ialah; Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan Pintu masuk maklumat dari agensi luar Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum Pusat sumber memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah sekolah. Dengan wujudnya pusat sumber, ia dapat menggalakkan murid dan guru melakukan pembelajaran yang lebih kondusif dan komprehensif serta dapat membina pemahaman daripada pelbagai jenis sumber. Ruang umum mesra dapat menggalakkan penerokaan, penciptaan dan kerjasama antara murid, guru dan masyarakat secara lebih luas. PSS mewujudkan ruang tanpa halangan dan ruang fleksibel supaya murid berkumpul dan melibatkan diri dalam kegiatan pembelajaran. Pelaksanaan PSS abad ke-21 lebih tertumpu kepada kua...

TAJUK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH

Image
sumber Berita Harian Bilik darjah adalah tempat yang kompleks dan sibuk serta mempunyai ciri-ciri yang khusus yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah (Doyle,1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran. Gambar di atas menunjukkan seramai 452 murid belajar di bawah khemah si SK Pekan Telupid, Sabah. Hal ini kerana bangunan dan bilik darjah mereka rosak akibat teruk akibat dipukul ribut.  Namun begitu, proses membaik pulih mengambil masa yang lama sehingga murid-murid terpaksa belajar di bawah khemah dalam keadaaan hujan. Perkara ini menyebabkan murid-murid tidak berasa selesa untuk meneruskan sesi pembelajaran. Pihak kerajaan haruslah memberi perhatian kepada sekolah-sekolah luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak untuk menambah baik infrastruktur yang sedia ada supaya sesi pembelajaran murid-murid tidak terganggu serta memberi keselesaan yang mencukupi kepada mereka. Tambahan pula, kita sudah hampir m...

TAJUK 5: PENGURUSAN MURID

Image
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Namun begitu, pengurusan murid haruslah dilakukan dalam aplikasi APDM oleh guru-guru.  APAKAH ITU APDM?  APDM merupakan aplikasi yang menyimpan segala maklumat murid. Segala maklumat di dala APDM akan digunakan ketika mengisi aplikasi SAPS. Tanggungjawab untuk mengemaskini maklumat murid adalah tanggungjawab guru kelas. Guru kelas harus mengemaskini maklumat peribadi murid dan penjaga murid dari semasa ke semasa. Kepentingan maklumat murid ini adalah untuk guru-guru mengenalpasti murid-murid yang layak mendapat bantuan seperti KWAPM, bantuan RM100, biasiswa, zakat dan sebagainya.  sumber harian metro Seramai 977 pelajar sekolah menengah di daerah ini menerima Biasiswa Seko...

TAJUK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI

Image
sumber Kosmo Online Berdasarkan tajuk akhbar di atas, warga sekolah SMK Ketereh, Kelantan telah menaikkan sepanduk sepanduk di dalam kawasan sekolah berkenaan menggesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan agar menukarkan pengetua sekolah itu. Hal ini kerana dikatakan pengetua sekolah tersebut telah bertindak untuk mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan kepada guru-guru dan juga murid-murid. Pengetua sekolah tersebut sering memberi ugutan kepada guru-guru akan ditukarkan tempat perkhidmatan dan akan mengurangkan markah jika mereka tidak berkenan. Menurut pandangan saya, sebagai seorang guru yang berdedikasi, kita seharusnya tidak menyalahgunakan kuasa atau pangkat yang ada pada diri kita. Hal ini kerana tanggungjawab sebagai seorang guru adalah sangat besar dan kita juga mestilah memberi contoh dan tauladan yang baik kepada semua orang. Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku di dalam persekitaran sekolah kerana ia akan mempengaruhi gangguan emosi dan mental guru...

TAJUK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

PENGURUSAN merupakan proses merancang,mengelola,memimpin dan mengawal daya usaha ali-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. KEPENTINGAN PENGURUSAN menambah pengetahuan meningkatkan mutu amalan kerja guru menambahkan produktiviti mendapatkan keredaan Allah PENGURUSAN BILIK DARJAH - melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif dan meningkatkan motivasi kendiri murid. - termasuklah: mengorganisasi persekitaran fizikal menguruskan tingkah laku pelajar mengurus dan melancarkan proses pengajaran menggalakkan suasana bilik darjah yang selamat dan sihat STRATEGI PENGURUSAN PEMBELAJARAN Berpusatkan pelajar - murid digalakkan melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil atau kelas Berpusatkan bahan - guru menggunakan bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, ...

TAJUK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MANUSIA Tingkah laku seorang individu yang terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyrakat sekeliling. SOSIALISASI Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Satu proses pembelajaran berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga atau budaya. JENIS SOSIALISASI Primer:  Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang.  Di peringkat ini, kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan dan kemahiran bahasa. Sekunder: Berlaku di luar lingkungan keluarga Pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa Resosialisasi: Proses individu menukar kepercayaan, moral, nilai yang sedia ada. Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dan lain-la...

TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN Perkataan sosiologi berasal daripada perkataan latin iaitu 'sosio' yang bermaksud bekongsi. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud "pengetahuan mengenai masyarakat". Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut. APA ITU SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN? Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat , bentuk institusi , pentadbiran , kurikulum , dan kaedah pdp. 1.        Teori Fungsionalisme ·      Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857). Beliau telah mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada pengekalan masyarakat.  Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri. Teori ini melihat struktur dan fungsi dalam...