TAJUK 13: PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.  Terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah. Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya. Seperti tajuk keratan akhbar di atas menunjukkan peranan PIBG adalah penting di mana hubungan antara sekolah dan ibu bapa sering berkait rapat. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Hubungan yang mesra ini mampu melenyapkan prasangka antara ibu bapa dengan guru. Perbincangan juga boleh diadakan dari semasa ke semasa dengan pihak sekolah demi  mengatasi sebarang kelemahan dan masalah yang dihadapi. Selain itu, peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang. 
  



Comments

Popular posts from this blog

FAVOURITE PERSON IN THE CLASS

TAJUK 8: PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN