TAJUK 11: PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

Pendidikan pelbagai budaya ialah proses atau strategi pendidikan yang melibatkan lebih daripada satu budaya, yang ditunjukkan melalui bahasa, etnik, atau ciri-ciri ras. Pendidikan pelbagai budaya boleh berlaku dalam pendidikan formal atau tidak formal. Tujuan pendidikan pelbagai budaya adalah untuk mewujudkan kesedaran, toleransi, pemahaman, dan pengetahuan yang mengambil kira perbezaan dan persamaan antara budaya dan kaitannya dengan pandangan dunia, konsep, nilai, keyakinan, dan sikap. Pelaksanaan Program Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) dapat memupuk masyarakat dan pelajar tentang semangat patriotik. Ia juga dapat melahirkan masyarakat yang mengetahui lebih mendalam tentang sejarah negara berdasarkan apa yang dipamerkan di muzium ini. Pembabitan pelajar dan guru dalam program ini dapat meningkatkan minat pelajar untuk meneroka pengetahuan baharu, khususnya subjek Sejarah sekali gus menjadi lebih menarik melalui pengalaman pembelajaran secara langsung. Selain itu, pembabitan muzium dalam pendidikan negara sebenarnya memberi kelebihan kepada murid sekolah untuk merasai makna sejarah dan mengetahui lebih mendalam warisan negara yang perlu dipertahankan dan difahami bagi mewujudkan rakyat cintakan negara.
Comments
Post a Comment