TAJUK 7: PENGURUSAN SUMBER

Fungsi-fungsi pusat sumber ialah;
- Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
- Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran
- Tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan
- Pintu masuk maklumat dari agensi luar
- Mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum

Pusat sumber memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah sekolah. Dengan wujudnya pusat sumber, ia dapat menggalakkan murid dan guru melakukan pembelajaran yang lebih kondusif dan komprehensif serta dapat membina pemahaman daripada pelbagai jenis sumber. Ruang umum mesra dapat menggalakkan penerokaan, penciptaan dan kerjasama antara murid, guru dan masyarakat secara lebih luas. PSS mewujudkan ruang tanpa halangan dan ruang fleksibel supaya murid berkumpul dan melibatkan diri dalam kegiatan pembelajaran. Pelaksanaan PSS abad ke-21 lebih tertumpu kepada kualiti penggunaan dan peningkatan PSS secara optimum serta memberi tumpuan kepada pemerolehan ilmu dan literasi maklumat. PSS dirancang dan disusun mengikut keperluan semasa. Pelaksanaan ini diharapkan dapat membantu dan menyokong pembelajaran abad ke21. Setiap sekolah haruslah memperkasakan pusat sumber sejajar dengan PAK 21.

Comments
Post a Comment