TAJUK 4: KEPIMPINAN DAN ORGANISASI



sumber Kosmo Online

Berdasarkan tajuk akhbar di atas, warga sekolah SMK Ketereh, Kelantan telah menaikkan sepanduk sepanduk di dalam kawasan sekolah berkenaan menggesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan agar menukarkan pengetua sekolah itu. Hal ini kerana dikatakan pengetua sekolah tersebut telah bertindak untuk mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan kepada guru-guru dan juga murid-murid. Pengetua sekolah tersebut sering memberi ugutan kepada guru-guru akan ditukarkan tempat perkhidmatan dan akan mengurangkan markah jika mereka tidak berkenan.

Menurut pandangan saya, sebagai seorang guru yang berdedikasi, kita seharusnya tidak menyalahgunakan kuasa atau pangkat yang ada pada diri kita. Hal ini kerana tanggungjawab sebagai seorang guru adalah sangat besar dan kita juga mestilah memberi contoh dan tauladan yang baik kepada semua orang. Perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku di dalam persekitaran sekolah kerana ia akan mempengaruhi gangguan emosi dan mental guru-guru dan murid-murid. Secara tidak langsung, persekitaran dalam kawasan sekolah akan menjadi suram dan tidak ceria oleh kerana masalah dalaman yang berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

FAVOURITE PERSON IN THE CLASS

TAJUK 8: PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN