TAJUK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN MANUSIA
Tingkah laku seorang individu yang terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyrakat sekeliling.
SOSIALISASI
Tingkah laku seorang individu yang terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyrakat sekeliling.
SOSIALISASI
- Proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
- Satu proses pembelajaran berterusan. Bermula dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga atau budaya.
Primer:
- Berlaku dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang.
- Di peringkat ini, kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ ahli keluarga bagi membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan dan kemahiran bahasa.
Sekunder:
- Berlaku di luar lingkungan keluarga
- Pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa
Resosialisasi:
- Proses individu menukar kepercayaan, moral, nilai yang sedia ada.
- Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana, citarasa sama ada dalam masyarakat, sekolah, bilik darjah dan lain-lain.
SOSIALISASI DALAM PENDIDIKAN
- Guru dan rakan sebagai agen sosialisasi.
- Sosialisasi berlaku melalui interaksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan.
- Interaksi sosial di sekolah umumnya dan dalam bilik darjah/semasa pembelajaran khususnya.
bermaksud seseorang atau sesuatu yang dapat dijadikan contoh atau teladan dalam:
- penampilan dan bahasa tubuh
- tingkah laku
- contoh teladan
- pengetahuan yang luas
- sifat kepimpinan
INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN
- Saling berhubung antara dua pihak
- Interaksi seorang guru dengan muridnya
- Interaksi lisan dan bukan lisan
JENIS INTERAKSI
Interaksi sehala
- Gaya pengelolaan aktiviti pembelajaran secara autokratik
- Pembelajaran bepusatkan guru
- Guru hanyalah menyampaikan ilmu dan murid hanya menerima
- Murid bersikap pasif dan tidak berkesan dalam keseluruhan pdp
Interaksi 2 hala
- Penyertaan murid dalam pdp melalui interaksi guru dan murid
- Murid bertanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran
- Tiada interaksi antara murid-murid
Interaksi kumpulan
- Gaya pengelolaan aktiviti pembelajaran secara demokratik
- Interaksi aktif antara guru dan murid
- Murid berbincang dan berkomunikasi
- Mewujudkan kerjasama, hormat-menghormati, toleransi
- Sering diamalkan dalam tugasan amali, projek, dan pembentangan
CARA MEMBENTUK INTERAKSI YANG SIHAT DALAM PEMBELAJARAN
- Mengamalkan sistem demokratik dalam proses pembelajaran
- Penyoalan dalam pengajaran
- Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
- Menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
- Menggalakkan pembelajaran dalam kumpulan kecil
- Memupuk sikap yang betul terhadap interaksi
RUMUSAN
Berdasarkan bab 2 iaitu Interaksi dan Pembelajaran ini saya dapat memahami bahawa interaksi merupakan tindak balas manakala pembelajaran merujuk kepada proses untuk mendapatkan pengetahuan dan juga kemahiran. Bab ini juga menekankan aspek sosialisasi dimana terdapat tiga jenis sosialisasi dalam kehidupan iaitu primer, sekunder dan juga resosialisasi. Pada pemahaman saya, sosialisasi dan pendidikan ini bukan sahaja terhad kepada interaksi diantara murid dengan guru, sebaliknya juga merujuk kepada interaksi yang berlaku dalam kalangan rakan di sekolah. Kesimpulannya, interaksi dalam pembelajaran ini merupakan satu aspek yang penting kerana dalam proses PdPc kerana ianya merupakan salah satu proses untuk menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan kepada jenis-jenis interaksi iaitu interaksi sehala, dua hala dan juga kumpulan.
Comments
Post a Comment