TAJUK 12: PENGURUSAN PENDIDIKAN PELBAGAI UPAYA




Sistem pengajaran dan pembelajaran yang direka khas bagi memenuhi keperluan pendidikan seseorang murid yang mengalami ketidakupayaan belajar secara normal. Pendidikan pelbagai upaya membincangkan bagaimana pengurusan yang khusus kepada pelajar yang berkeperluan khas. Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Peranan guru dalam menguruskan pendidikan pelbagai upaya adalah dengan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid dan membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid. Pelajar berkeperluan khas juga perlu mendapatkan pendidikan yang sama rata dengan pelajar aliran perdana sebagaimana terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), 2013-2015. Kesamarataan yang dimaksudkan di atas adalah dari segi pelbagai budaya dan pelbagai upaya. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 2013) Bhgn. 3. 'Pendidikan Khas' merujuk kepada pendidikan bagi muird berkeperluan khas di suatu sekolah khas atau di sekolah yang melaksanakan Program pendidikan Khas Inklusif (PPKI) pada peringkat pendidikan pra sekolah,rendah, menengah atau lepas menengah (Mohd Nasir, 2016). 






Comments

Popular posts from this blog

FAVOURITE PERSON IN THE CLASS

TAJUK 8: PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN