TAJUK 5: PENGURUSAN MURID
Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Namun begitu, pengurusan murid haruslah dilakukan dalam aplikasi APDM oleh guru-guru.
APAKAH ITU APDM?
APDM merupakan aplikasi yang menyimpan segala maklumat murid. Segala maklumat di dala APDM akan digunakan ketika mengisi aplikasi SAPS. Tanggungjawab untuk mengemaskini maklumat murid adalah tanggungjawab guru kelas. Guru kelas harus mengemaskini maklumat peribadi murid dan penjaga murid dari semasa ke semasa. Kepentingan maklumat murid ini adalah untuk guru-guru mengenalpasti murid-murid yang layak mendapat bantuan seperti KWAPM, bantuan RM100, biasiswa, zakat dan sebagainya.
sumber harian metro
Seramai 977 pelajar sekolah menengah di daerah ini menerima Biasiswa Sekolah Menengah Negeri Pahang. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Nazri Ngah berkata, sebanyak RM300 diberikan kepada setiap pelajar melalui peruntukan Yayasan Pahang (YP) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar. Kerajaan negeri Pahang telah memperuntukkan sebanyak RM3.4 juta bagi tujuan berkenaan. Tujuan biasiswa ini diberi adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk membeli barang keperluan sekolah seperti alat sekolah, pakaian, buku dan sebagainya. Peranan kerajaan dan juga sekolah adalah sangat penting dalam membantu menjaga kebajikan pelajar-pelajar supaya mereka lebih memanfaatkan peluang yang diberi dengan sebaik mungkin bagi menjana kecemerlangan dalam pendidikan.


Comments
Post a Comment