TAJUK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN

Perkataan sosiologi berasal daripada perkataan latin iaitu 'sosio' yang bermaksud bekongsi. Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud "pengetahuan mengenai masyarakat". Sosiologi merupakan suatu kajian saintifik dan sistematik mengenai manusia dan interaksi sosial manusia dalam masyarakat daripada pelbagai sudut.

APA ITU SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN?

Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidikan dengan masyarakat, yang seterusnya mempengaruhi matlamat, bentuk institusi, pentadbiran, kurikulum, dan kaedah pdp.
1.       Teori Fungsionalisme
  • ·    Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857). Beliau telah mengkaji perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada pengekalan masyarakat.  Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri. Teori ini melihat struktur dan fungsi dalam masyarakat seperti dalam disiplin sains tulen. Masyarakat juga diumpamakan seperti organisma yang mempunyai bahagian dikenali struktur. Struktur sosial itulah yang akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat.

2.       Teori Konflik
  • ·     Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883). Beliau telah menganalisis konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat. Berlaku konflik dalam struktur masyarakat. Beliau juga mengkritik kapitalisme dan menimbulkan persoalan mengenai sama ada struktur-struktur masyarakat seperti ekonomi, pendidikan, politik, sosial dan agama membawa kesejahteraan kepada manusia atau sebaliknya.
      3.       Teori Interaksionisme Simbolik
  • Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931). Teori ini mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif.  Selain itu, ia juga melihat bagaimana makna yang simbolik digunakan dalam interaksi manusia.   Kepentingan memahami simbolik mengikut konteks penggunaannya.  Makna yang simbolik (perkataan, perlakuan, objek, bahasa) berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra. Makna adalah sesuatu yang dirundingkan. Interaksi sosial amat penting dalam menghubungkan manusia dengan dunia luar serta jalinan interaksi dan aksi akan membentuk kumpulan masyarakat.

RUMUSANNYA:
Berdasarkan apa yang telah saya baca, memang terdapat perbezaan yang jelas antara teori-teori. Sebagai
perbandingan didapati bahawa perkara yang diutamakan oleh ahli-ahli fungsionalisme dan konflik ialah
bagaimana cara untuk menyatukan masyarakat dan  bagaimanakah perubahan sosial berlaku. Manakala
ahli-ahli teori interaksionisme simbolik lebih menumpukan proses hubungan bersemuka individu dalam
konteks kehidupan sosial.Dengan kata lain penganalisisan mereka berbeza daripada aspek makro dan
mikro.

Comments

Popular posts from this blog

FAVOURITE PERSON IN THE CLASS

TAJUK 8: PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN