TAJUK 6: PENGURUSAN BILIK DARJAH


Bilik darjah adalah tempat yang kompleks dan sibuk serta mempunyai ciri-ciri yang khusus yang boleh mempengaruhi murid dalam bilik darjah (Doyle,1986). Aktiviti dalam bilik darjah melibatkan murid, guru, tugasan, ruang, masa, dan bahan pembelajaran. Gambar di atas menunjukkan seramai 452 murid belajar di bawah khemah si SK Pekan Telupid, Sabah. Hal ini kerana bangunan dan bilik darjah mereka rosak akibat teruk akibat dipukul ribut. 

Namun begitu, proses membaik pulih mengambil masa yang lama sehingga murid-murid terpaksa belajar di bawah khemah dalam keadaaan hujan. Perkara ini menyebabkan murid-murid tidak berasa selesa untuk meneruskan sesi pembelajaran. Pihak kerajaan haruslah memberi perhatian kepada sekolah-sekolah luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak untuk menambah baik infrastruktur yang sedia ada supaya sesi pembelajaran murid-murid tidak terganggu serta memberi keselesaan yang mencukupi kepada mereka. Tambahan pula, kita sudah hampir mencapai tahun 2020 di mana pembelajaran abad ke 21 harus dipraktikkan untuk memperkasa mutu pembelajaran. 

Comments

Popular posts from this blog

FAVOURITE PERSON IN THE CLASS

TAJUK 8: PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN