TAJUK 3: PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN

PENGURUSAN merupakan proses merancang,mengelola,memimpin dan mengawal daya usaha ali-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan.
KEPENTINGAN PENGURUSAN
  • menambah pengetahuan
  • meningkatkan mutu amalan kerja guru
  • menambahkan produktiviti
  • mendapatkan keredaan Allah
PENGURUSAN BILIK DARJAH
- melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif dan meningkatkan motivasi kendiri murid.
- termasuklah:
  • mengorganisasi persekitaran fizikal
  • menguruskan tingkah laku pelajar
  • mengurus dan melancarkan proses pengajaran
  • menggalakkan suasana bilik darjah yang selamat dan sihat
STRATEGI PENGURUSAN PEMBELAJARAN
  • Berpusatkan pelajar - murid digalakkan melibatkan secara aktif dalam aktiviti dirancang sama ada secara individu, kumpulan kecil atau kelas
  • Berpusatkan bahan - guru menggunakan bahan seperti buku, blok-blok binaan, bahan lukisan, dll untuk menjalankan pengajarannya serta guru sebagai pembimbing.
  • Berpusatkan guru - guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran dan guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar contohnya menyalin nota, penghafalan serta latihan dan soalan yang diberi. 
PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
  • implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
  • penerimaan dan layanan adil
  • pedagogi dan strategi pembelajaran
  • pengurusan hubungan
  • pemilihan bahan sumber
  • program silang budaya
PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
  • pemulihan
  • pengayaan
  • berkeperluan khas: pintar cerdas, autisme, disleksia
  • program pendidikan inklusif
  • program pendidikan orang asli dan peribumi
PENGURUSAN SEKOLAH

- Pengurusan sumber;

  • Pengurusan bilik-bilik sumber
  • Pusat sumber dan perpustakaan
  • Bilik instruksional
  • Bilik tayang
  • Bilik BOSS
  • Pembelian bahan-bahan
- Pengurusan bilik pembelajaran;
  • Bilik darjah
  • Makmal sains
  • Makmal KH
  • Studio lukisan
  • Makmal ICT
- Pengurusan tingkah laku/disiplin;
  • Organisasi yang terlibat : pengetua, PK hem, kaunselor, Guru kanan disiplin, guru-guru displin
  • Kategori kesalahan : berat, sederhana, ringan
  • Hukuman : pembuangan, penggantungan, denda, amaran
- Pengurusan bimbingan/penasihatan
  • Carta organisasi : akademik, kerjaya, sahsiah, ppda
  • Pendekatan : pencegahan, perkembangan, pemulihan, krisis
  • Fokus perkhidmatan : pembangunan sahsiah, peningkatan disiplin, pendidikan kerjaya, psikososial & kesejahteraan mental
- Pengurusan kokurikulum
  • Jenis gerak kerja kokurikulum : badan uniform, kelab & persatuan, sukan & permainan
- Pengurusan sekolah dan persekitaran
  • Hubungan guru dengan ibu bapa
  • Hubungan sekolah dengan ibu bapa
  • Penglibatan agensi kerajaan dan bukan kerajaan cth AADK, kementerian kesihatan, kementerian belia dan sukan
PEMBELAJARAN ialah proses dimana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal.
PRINSIP PEMBELAJARAN

  • Kesediaan pembelajaran : murid harus mempunyai kesediaan dari aspek mental, fizikal, dan emosi sebelum belajar
  • Pengalaman : pelajar hendaklah digalakkan menggunakan seberapa banyak organ deria bagi mendapatkan pengalaman
  • Latihan : murid dapat mengaplikasikan apa dipelajari dan dapat mengukuhkan pengetahuan yang diterima dari guru
  • Kondusif : suasana pembelajaran yang selesa dari segi minda, fizikal, emosi, rohani
  • Bermatlamat : pengajaran berfokus akan memudahkan murid mengikuti secara teratur dan sistematik dari senang ke susah
  • Penglibatan aktif : pelajar perlu dilibatkan dalam proses pdp supaya pengajaran lebih hidup, ceria dan bermakna
  • Persediaan awal : persediaan guru dari segi memahami kandungan, persediaan bahan, latar belakang murid
  • Mengkaji murid : analisis terhadap minat, kecenderungan, bakat, keperluan
  • Unsur dorongan : suasana pengajaran berbentuk dorongan dan meyakinkan murid
RUMUSAN
Pengurusan ini merujuk kepada proses menjalankan sesuatu kerja dengan teratur. Pembelajaran pula merujuk kepada kaedah untuk mempelajari mengenai sesuatu yang baharu samada pengetahuan mahupun kemahiran. Berdasarkan bab ini, saya telah mempelajari mengenai aspek aspek penting mengenai perancangan bagi aktiviti PdPc iaitu bagi memastikan pengajaran menjadi berkesan dan mencapai objektif pengajaran. Salah satu perancangan yang boleh dibuat oleh guru bagi memastikan aktiviti pengajaran berkesan adalah dengan menggunakan sumber ataupun bahan seperti buku teks, buku rujukan,komputer dan juga peta. Hal ini kerana, bahan-bahan yang digunakan tersebut merupakan salah satu komponen dalam PdPc selain daripada strategi pengajaran yang bersesuaian. Selain itu, salah satu pengurusan alam pembelajaran adalah guru mestilah cekap dalam menguruskan iaitu dengan melakukan persediaan sebelum mengajar. Berdasarkan topik ini, saya mendapati bahawa persediaan guru sebelum mengajar adalah penting bagi membantu kelancaran proses PdPc.

Comments

Popular posts from this blog

FAVOURITE PERSON IN THE CLASS

TAJUK 8: PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

TAJUK 14: PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN