TAJUK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Bimbingan merupakan bantuan yang diberikan oleh seseorang, baik lelaki dan perempuan, yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seorang individu dari setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri, membuat pilihannya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri. Dalam konsep pendidikan, bimbingan merupakan keseluruhan perancangan aktiviti-aktiviti dalam membantu pelajar mengalami cara-cara untuk mencapai kejayaan dalam pendidikan mereka. Antara ciri-ciri bimbingan ialah:
- Bimbingan merupakan aktiviti yang dirancang. Ia bukanlah kegiatan yang dilakukan secara kebetulan, secara tiba-tiba, tidak sengaja dan sambil lewa tetapi ia adalah satu kegiatan yang tersusun, sengaja, berencana, berterusan dan mempunyai arah tujuan
- Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan. Bimbingan tidak memaksa seseorang itu mengikut arah yang tertentu, melainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai dengannya
- Bimbingan yang diberikan ialah kepada individu yang memerlukan bantuan untuk memecahkan permasalahan yang dihadapinya.
Proses bimbingan dan penasihatan mempunya 5 fasa iaitu :
- FASA 1 - Kesedaran GURU sebagai pembimbing dan penasihat pelajar
- FASA 2 - Menguasai Kemahiran-Kemahiran Asas Bimbingan dan Penasihatan
- FASA 3 - Proses Mengenali Pelajar
- FASA 4 - Proses membimbing pelajar
- Membina Hubungan
- Penerokaan
- Definisi Masalah dan Membina Matlamat
- Alternatif Penyelesaian dan Pelan Tindakan
- Melaksanakan tindakan
- Penamatan
- FASA 5 - Fasa Analisis Penilaian
Peranan guru di sini amatlah penting bukan sahaja kaunselor, malah guru-guru yang lain juga wajib menjaga dan mengetahui kebajikan anak murid mereka. Peranan guru-guru adalah sebagai ibu bapa pelajar di sekolah. Guru adalah sebagai pebimbing. Tujuannya adalah untuk menolong pelajar menyedari dan mencapai dirinya yang paling baik dan bukannya menjelaskan masalah-maslah yang terpencil, samada maslah individu ataupun masalah di universiti.
Comments
Post a Comment